Social Icons

smktd2

Featured Posts

Sunday 9 March 2014

Peraturan Kantin SMKTD2

PERATURAN KANTIN SEKOLAH

1.      Pelajar hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat dan selepas waktu rehat dan selepas waktu sekolah

Waktu rehat 1: 9.50 pg – 10.00 pg.
Waktu rehat 2: 10.25 pg – 10.45 pg.

2.      Pengawas dibenarkan keluar sepuluh minit lebih awal untuk makan di kantin sebelum bertugas

3.      Pengawas bertugas hendaklah sentiasa mengawasi pelajar pada waktu rehat di kantin

4.      Pelajar hendaklah mengutamakan kebersihan dan keselamatan di kantin semasa waktu rehat

5.      Pelajar mesti berbaris sewaktu membeli makanan dan dilarang membuat bising

6.      Pelajar dilarang berlari ketika berada di kantin

7.      Pelajar yang telah membeli makanan harus bergerak segera ke meja yang disediakan dan makan dengan tertib

8.      Pelajar hendaklah menggunakan sinki yang terdapat di kantin untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan

9.      Pelajar dilarang masuk ke dapur kantin atau ke tempat menjual makanan

10.  Pelajar dilarang membawa makanan balik ke kelas

11.  Pelajar hendaklah makan dan minum di tempat yang disediakan dalam keadaan duduk

12.  Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan

13.  Pelajar hendaklah membuang segala bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan

14.  Pelajar beredar dan balik ke kelas tepat pada waktunya


Obesiti Dan Pemakanan


Ketagihan gula
Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang mengesan bahan kimia.

Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.
01     02         03
Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari.

Kita juga cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.

Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia). Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindak balas kimia dalam darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.

Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.

Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.

Kenapa begini


Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan pada darahnya adalah normal.
Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolesterol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.

Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.

Apakah sebenar yang berlaku

Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif. Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan dan  akan sering kelesuan.

Kitaran yang berbahaya
Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga.  Keletihan dan kurang tenaga disalah tafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang berbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita.

Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.

sumber : Utusan Malaysia


Siapakah yang tergolong dalam obesiti

• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
• Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
• Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
• Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Carta Organisasi AJK Kantin


JAWATANKUASA
AJK
Bahan Pendidikan Kesihatan /Poster/LED
Pn. Ambia(K), Pn. Norhafizah, Nor Azizah – Bahan pendidikanPn. Izzati (K), – Poster/Banner/LED                           En. M.Mojahid,  Siti NoorWidayu
Website/Blog Kantin
Puan Wong (K), Pn Siti Mariam, Siti Nurdiyana, Ustz Talhah, Noor Hasidah
Power-Point Sekolah
Cik Farahana (K), Nor Suzilawati
Inovasi/Kreativiti- Mural
Pn. Suhana (K), Nor Ameyza, Pn. Azfazila, Pn. Noorazela, Pn. Roselia, Pn. Fatimah Zahrah, Rifhan, Ahmad Hisyam,En. Amri
Inovasi/Kerativiti -Lestari
Pn.Hadijah(K), Cik Alia Nur, Pn.Habibah, Cok Noor Mazita, En. Ahmad Doraini, En.Khairul Annuar,En. Muhammad Fauzan,
Folio Kantin
Pn. Siti Rupawan(K),Cik Norazaila,         Cik Roziana,Pn. Nurnazliah,Pn. Hafimuzana, Cik Masrobi, Cik Nur Razmah ,Rohaida
Penglibatan PIBG
Pn. Siti Haidah(K), Pn. Nor Mamini, Narziq Munira, AJK PIBG
Unit Kesihatan Kantin
Pn. Norhapiziah(K), Miss Quek, Pn. Afzam, Pn. Norazmini, Pn. Norhasli,Cik Tee, En. Farouk, Pn. Norsuhaidah, Nor Asiken, NoShahidah
Unit Kebersihan Kantin
Pn. Azma Zalina(K), Pn. Fatimah,
Pn.Hafizah I, Pn.Suzana, Pn. Sandin Nurul Aida, Rini Safika, Sakinah, Siti Nazirah, Ustz Mohamad Khairul, En Mohamad Zu,
Unit Tandas Kantin
Pn. Hasnaliza(K), Pn. Liow, Pn. Akhma, Pn Faiza, Cik Nur Liyana, En. M. Shaiful Nizam, Pn. Shafini, En. Kamaruzaman
Laporan Pemantauan Harian Kantin
Pn. Masarina(K), Pn. Izyan, Cik Hairinfitrin
Guru Bertugas, Pengusaha Kantin
Kajian Kepuasan Pelanggan
Pn. Norhayati(K), Pn. Heryani, Pn.Rafidah, En. Mohd Nazri, En. Muhammad Nabil
Pemakanan Sihat
Pn. Jashida (K), Pn. Mahani M, Pn.Rohana, Pn. Saratha, Pn. Rosliza, Zarina, Pn. Zubaidah, En Mohd Khairulfaidz, Pn. Chuan

Cik Mahfuzah(K), Pn. Shalini, Pn. Siti Najibah, Cik Tay, Pn.Juliana, Pn. NorHuda Sazwani Azizan, Siti Manisah, Pn. Wan Roselinda, Zulikha Banu
Pamplet
CIk Norshazwani(K), Cik Nur Hidayah, Nursuriani

Apakah Indeks Jisim Badan?


Indeks Jisim Badan (BMI) atau Body Mass Index merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
 
Kandungan lemak dalam makanan

Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Makanan tinggi lemak
• Hamburger saiz biasa 11.8 39
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57

Makanan rendah lemak
• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
• Roti - 1 keping 1.1 16
• Mil oat - 1 cawan 2.4 15
• Buah epal - 1 biji 0.5 6
• Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1
 
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus

Jom kira BMI kita..

Moto Kantin “ Kantin Sihat, Kantin Bermaklumat ”


Moto ‘ Kantin Sihat, Kantin Bermaklumat’ dijadikan panduan kepada warga sekolah dalam menjalankan program berkaitan kantin bersesuaian dengan kewujudan kantin dalam kawasan sekolah yang menekankan kepada aspek pembelajaran. Kantin yang sihat merujuk kepada aspek penyediaan dan penjualan makanan dan minuman yang berkualiti serta sihat dari aspek fizikal dan persekitaran yang selesa dan harmoni. Fungsi kantin dapat diperkembang mejadi tempat yang bermaklumat dalam usaha sekolah untuk mendidik pelajar menghargai setiap saat di sekolah diisi dengan ilmu-ilmu bermanfaat.


Pelbagai sudut di kantin memaparkan maklumat dan ilmu kepada pelajar.Budaya cintakan ilmu adalah merupakan pembelajaran alaf ke 21 di mana pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’

Kantin merupakan sebuah tempat atau ruangan yang digemari pelajar sekolah. Masa rehat merupakan masa yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar kerana mahu mengisi perut sebagai bekalan tenaga untuk belajar. 

Tanpa disedari kantin juga menjadi tempat komunikasi antara pelajar kerana semua pelajar akan berkumpul di kantin pada sesuatu masa untuk berkongsi maklumat sesama mereka.

Kepentingan kantin di sekolah bukan sahaja dilihat menjadi tempat berhimpun pelajar, tetapi juga tempat menjamu selera makanan yang sihat.  Oleh itu, Program Kantin Bersih, Selamat dan Sihat merupakan satu program yang dapat memaksimumkan penggunaan kantin di sekolah.

Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ yang telah dianjurkan di sekolah-sekolah merupakan satu program yang dapat membantu memberikan kesedaran kepada semua warga sekolah terutamanya para pelajar agar menghargai dan mengetahui fungsi kantin sepenuhnya.

 Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ merupakan satu inisiatif yang baik dalam memperkembang pengetahuan tentang fungsi kantin dan memanfaatkan kantin secara optimum kepada para pelajar. 

Selain itu, warga sekolah dapat menunjukkan sikap kebersamaan dan kebertanggungjawaban terhadap salah satu kemudahan yang penting yang telah disediakan dalam usaha untuk menceria dan memelihara kebersihan, keselamatan dan keceriaannya. Warga sekolah juga dapat menjaga dan mengekalkan kebersihan serta kekemasan kantin sepanjang masa selain dapat mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Bertepatan dengan matlamat Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ iaitu bagi mewujudkan persekitaran kantin yang sihat, selamat dan pemakanan yang sihat serta kecekapan pengurusan kantin, kesedaran berkaitan kebersihan persekitaran kantin, menjaga aspek keselamatan semasa berada di kantin dan penyediaan makanan dan minuman yang sihat dan berkhasiat kepada warga sekolah terutamanya para pelajar adalah penting.

 Sekolah merupakan satu institusi pembelajaran yang paling sesuai untuk menanam sikap kebersamaaan dalam menjaga kebersihan kantin. Pelajar juga perlu diterap dengan amalan pemakanan yang baik dan berkualiti.

Selain mengutamakan amalan pemakanan yang sihat dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar, program ini juga menekankan kepada aspek keselamatan warga sekolah terutamanya pelajar semasa berada di kantin. Seperti yang sedia maklum, kantin menggunakan pelbagai peralatan yang boleh mengundang kemalangan, contohnya kebakaran. Selain itu, saiz kantin yang terhad dan menjadi tempat berkumpul pelajar pada waktu rehat dalam satu-satu masa mungkin boleh mengakibatkan kemalangan lain, contohnya terjatuh. Program ini dapat memberikan kesedaran kepada pihak sekolah dan pengurusan kantin agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pengguna semasa berada di kantin.


Oleh itu, Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ perlulah dijadikan sebagai program sepanjang tahun agar kualiti kantin dapat ditingkatkan dan budaya penggunaan kantin yang betul dapat dilaksanakan dalam kalangan warga SMK Taman Daya 2.

Saturday 8 March 2014

Info Sihat



Bahaya makanan segera -- 200 jenis produk digemari jadi punca pelbagai penyakit
Oleh: S. ANAND KUMAR dan NURUL ANUAR KARI



KUALA LUMPUR 20 Feb.– Percayakah anda bahawa terdapat sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia.
Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.
Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, jantung dan kanser.
Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.
Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya mengatasi kebaikan.
Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.
Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini.
Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.
CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.
Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.
Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Beliau menjelaskan, kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung.
Menurutnya, sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.
‘‘Oleh itu, amalan untuk mengekang pengambilan makanan segera perlu dimulakan dengan pendidikan golongan muda tentang pemakanan seimbang dari bangku sekolah lagi,’’ katanya.
Ibu bapa katanya, perlu menghentikan segera amalan ‘membesarkan’ anak-anak dengan makanan segera yang sememangnya diketahui mengandungi jumlah kalori yang tinggi.
Zulkarnain berkata, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh ibu bapa masing-masing.
Pada masa yang sama, kajian CAP juga mendapati kanak-kanak yang gemar memakan makanan segera kurang aktif berbanding rakan sebaya mereka yang mengamalkan pemakanan sihat.
‘‘CAP mendefinisikan makanan segera sebagai ‘sampah’ kerana ia tidak berkhasiat dan boleh mendatangkan mudarat jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
‘‘Pada kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil makanan segera akan cepat kenyang dan tidak berselera terhadap makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan,’’ kata Mohamed Idris.



© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
Blogger Templates