Social Icons

smktd2

Thursday 6 March 2014

Langkah-Langkah Hadapi Jerebu


Sekarang ini dilaporkan jerebu kuat melanda sesetengah negeri di Malaysia. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk hadapi jerebu yang mungkin melanda tempat anda ialah seperti berikut
  1. Kurangkan aktiviti luar rumah. Kalau mahu bersukan sekalipun sila pilih aktiviti sukan dalam bangunan seperti futsal, badminton, gymnasium.  
     
  2. Minum banyak air untuk bersihkan tekak dan mulut. Amalkan minum air sebanyak 2 gelas setiap pagi selepas bangun tidur sebelum gosok gigi.
  3. Sentiasa basuh muka dan bahagian badan yang terdedah dengan jerebu terutama selepas pergi dan balik kerja. Mandi terus lagi elok. 
  4. Beli dan amalkan pakai topeng pelindung jika terpaksa keluar rumah terutama penunggang motosikal.
  5. Kurangkan merokok atau kalau boleh terus berhenti merokok terutama dalam rumah.
  6. Jika terdapat masalah kesihatan terus berjumpa doktor untuk buat rawatan

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates