Social Icons

smktd2

SMKTD2

SMK TAMAN DAYA 2, JOHOR BAHRU JOHOR

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 mendapat nama sempena sebuah taman perumahan yang berhampiran iaitu Taman Daya. SMK Taman Daya 2 beralamat di Jalan Enau 20, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor. Sekolah ini mempunyai keluasan 10 hektar dan mula beroperasi pada tahun 2003 dengan daya  sokongan para guru seramai 49 orang guru dan 912 orang pelajar.

SMK Taman Daya 2 ini dibina di atas tapak Lot 38016 oleh sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Light and Power Constructions Sdn. Bhd dan reka bentuknya oleh Linear Archtect Sdn. Bhd. berdasarkan konsep ‘Design And Bulid’.

SMK Taman Daya 2 mempunyai sebuah blok pentadbiran, 2 blok bilik darjah (36 kelas), 2 blok bengkel, dua blok makmal sains, sebuah surau, kantin, blok stor sukan, pondok jaga, tempat menunggu bas, tempat letak basikal, 34 lot tempat letak kereta guru dan sebuah tapak gelanggang permainan. Sekolah ini terletak lebih 20 km dari pusat bandar Johor Bahru, 3 km dari Taman Mount Austin dan 5 km dari Kangkar Tebrau dan Pandan. Laluan ke SMK Taman Daya 2 boleh melalui Jalan Tebrau ke Kota Tinggi dan Lebuhraya Pasir Gudang  menghala ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

Sehingga tahun 2014, SMK Taman Daya 2  mempunyai bilangan pelajar seramai 2043 orang, guru 120 orang, dan staf sokongan seramai 12 orang bersama-sama terus mengorak langkah demi membina  kecemerlangan pelajar  dalam semua bidang dari tahun ke tahun selaras dengan visi sekolah Menjana pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera’.

PANORAMA DI SMKTD2


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates